DND - PENAPIS AIR Rx-Water Dr. Noordin Darus (20 tahun berada dalam pasaran sejak tahun 2003)

PENAPIS AIR Rx-WATER

DR. NOORDIN DARUS


SISTEM AIR BAMBOO-QUN PERTAMA DI DUNIA

(UNIK- SUCI- BERKESAN) - KEUNIKAN 2 DALAM 1


Produk Bumiputra oleh Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus yang dapat bertahan selama 20 tahun sejak 2003 sehingga ke hari ini.

Ia direkacipta KHAS sebagai AIR MINUMAN KESIHATAN untuk membantu merawat tubuh anda kerana lebih daripada 70% sel-sel tubuh badan kita terdiri daripada air.


Air Sihat = TUBUH SIHAT

Air Tak Sihat = TUBUH TAK SIHAT


Penapis air Rx-Water ini adalah produk inspirasi daripada Dr. Noordin Darus produk pertama yang dianggap ‘baby’ oleh beliau.


AIR JENIS APA YANG ANDA MINUM?

Adakah anda pengguna mesin Penapis Air yang mengeluarkan air jenis RO WATER? (air Reverse Osmosis)



Dr. Noordin Darus adalah bekas pesakit kanser darah tahap 3 pada tahun 2001


ANDA BELUM TAHU!

Perbezaan ketara antara Penapis Air RxWater dengan penapis air yang berbagai jenama yang terdapat dalam pasaran di Malaysia samada dari luar negara mahupun dalam negara.


Sebelum itu tonton video ini terlebih dahulu supaya anda dapat tahu rahsia RxWater yang dicipta KHAS oleh pengasasnya Prof. Dato' Dr. Noordin Darus semenjak diperkenalkan pada tahun 2003 lagi.


KLIK Video Di Bawah Sekarang!





RX-WATER VS JENAMA LAIN

 

1) KEBANYAKKAN JENAMA PENAPIS AIR DI CIPTA OLEH PARA SAINTIS BANGSA ASING YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM

 

Kajian telah dibuat oleh World Health Organization (WHO), secara saintifiknya menyatakan penggunaan air RO Water yang berterusan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan anda.

Air Reverse Osmosis (RO Water) sebenarnya adalah air yang KURANG SIHAT!



Rx-Water pula, mekanismanya adalah air mineral bukan RO water!


Malangnya hampir semua air penapis di pasaran sekarang menghasilkan air Reverse Osmosis (RO Water) yang dikatakan air bersih.

Sebab ianya ‘purify’ mencuci air dengan kadar yang terlalu tinggi sehinggakan hilang semua mineral/ manfaatnya untuk kesihatan dan berubah menjadi sedikit asidic (beneficial mineral loss).


Yang paling sedih dalam RO Water ini ialah kehilangan 2 mineral yang sangat penting iaitu Calcium dan Magnesium.

Hampir 90-99% mineral ini hilang dalam RO Water. Sangat rugi sebab ia adalah 2 mineral yang sangat penting untuk kesihatan kita.

 

Jika anda masih menggunakan mesin Penapis Air yang mengeluarkan air jenis RO WATER, maka anda wajib tonton video ini..

 

>> VIDEO

 

Maka benarlah Firman Allah SWT dlm Al-Quran Surah Al-Waaqi'ah ayat 68 yg bermaksud:

"Selain dari itu, tidakkah kamu melihat (perhatikan) air yg kamu minum"

 

Sedangkan RxWater menghasilkan:


> Jenis air hidup

> Yang kaya dengan mineral

> Yang bertenaga

> Beralkali pH 8.0 - 8.7

> Bersih & sihat

> Selamat diminum malah

> Dijamin SUCI kerana adanya konsep TANAH LIAT  dalam katrij ke-4


(Kesemua ciri-ciri di atas adalah ciri-ciri air zam-zam yang dapat dikenalpasti oleh Dr Noordin)



> VIDEO


2) RX-WATER DICIPTA & DIFORMULAKAN OLEH SEORANG DOKTOR ANAK MELAYU

 

RxWater dicipta oleh Prof. Dato' Dr. Noordin Darus anak Melayu orang Islam Pakar Perubatan yang terkenal.

Beliau merupakan Guru kesihatan yang setakat hari ini FB page Dr Noordin Darus telah melebihi 800K Followers yang sentiasa bertambah kerana perkongsian tip-tip kesihatan di mana MISI Dr Noordin adalah untuk membantu orang ramai..


SEMBUH PENYAKIT SECARA ALAMI TANPA UBAT HOSPITAL/ FARMASI


Beliau juga adalah bekas pesakit kanser darah tahap 3 pada tahun 2001 (puncanya adalah daripada air minuman) yang pulih dengan cepat pada tahun 2003 melalui amalan minum RxWater air penawar yang diciptanya.

 

PUNCA PENYAKIT BUKAN SAJA DARIPADA MAKANAN, UDARA, STRESS TETAPI JUGA DARIPADA AIR YANG ANDA MINUM.. Tonton video ini

 

> VIDEO

 

Dr Noordin telah mendapat hidayah dengan mengkaji air zam-zam kerana ia adalah air terbaik di dunia yang mana air zam-zam ini telah wujud lebih 5000 tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Allah Ismail lagi.

 

Jadi beliau mencipta Rx-Water  bercirikan ISLAMIK di mana ia berteraskan AIR ZAM-ZAM yang diakui para saintis & doktor sebagai AIR TERBAIK DI DUNIA.

 

3) JENAMA LAIN TIDAK ADA UNSUR SAMAK DALAM KATRIJNYA

 

Kebanyakkan water filter dalam negara ataupun luar negara walaupun ada yang pakai teknologi terkini seperti KANGEN dari Jepun (sangat mahal berbelas ribu),

tetapi tak ada kaedah tanah liat sebagai bahan penyamak dalam katrijnya. Jenama ini sentiasa memakai eletrik sepanjang masa.

 

RxWater dari tahun 2003 hingga sekarang mempunyai kaedah SAMAK walaupun model baru yang diperkenalkan pada tahun 2010 & 2016 untuk Hot & Cold Dispenser masih guna tanah liat berkalsium untuk menyamak air yang kita minum kerana air yang kita terima setiap hari tu sebenarnya kotor untuk pengetahuan anda.

 

Sebab di luar sana tu macam-macam pencemaran sebelum air yang kita minum tu sampai ke rumah kita. Malah, saluran paip air dari loji air hingga kerumah kita pun masih menggunakan yang lama dan terdapatnya kekotoran seperti karat/ keladak dan lain-lain yang menimbun dalam saluran paip air tersebut.

 

Di sungai/ empangan air, air tercemar lagilah teruk seperti najis binatang mahupun manusia, toksid-toksid, tong-tong yang mengandungi racun dibuang kedalam sungai seperti kes awal tahun 2019 di Johor Bahru,

di mana beribu murid sekolah telah terkena keracunan akibat pencemaran pembuangan tong-tong mengandungi racun toksid ini dibuang ke dalam sungai Kim-Kim di Johor Bahru.

 

Air yang kita minum setakat bersih sahaja tak cukup tetapi mestilah juga bersih, suci & halal kerana bukan setakat makanan saja yang mesti bersih, suci & halal toiyiban.

 

Tonton video ini utk ilmu yg lebih luas lagi bab AIR..????????


KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN RX-WATER



4) PENGIKTIRAFAN DARIPADA PPIM

 

Jenama lain tidak pernah memohon utk mendapatkan pengiktirafan samada daripada PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) ataupun PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (PPPP) yg mana kedua-dua Persatuan ini lebih ketat dalam menyarankan produk-produk yang diimport daripada luar negara kepada pengguna di Malaysia.


MASIH INGAT LAGIKAH KES COKELAT CADBURY walaupun telah diakui Halal JAKIM tetapi terpalit dengan DNA Khinzir?


Tonton video ini...


RxWater adalah satu-satunya penapis air tempatan yang mendapat pengiktirafan daripada PPIM semenjak tahun 2003 lagi sehinggakan mereka mengucapkan syabas di mana RxWater telah terbukti memberi kesan baik sebagai penawar bagi pelbagai penyakit termasuklah beberapa penyakit kronik dan penyakit psikologi.


Nasi Lemak Kopi-O Eksklusif Bersama Dato' Dr. Noordin Darus


5) TESTIMONI

 

Jenama lain, kami belum pernah melihat testimoni mereka yang berkaitan dengan membantu pesakit kronik selain Kangen (tetapi harga mahal berbelas ribu ringgit dari Jepun)

 

RxWater menerima banyak testimoni daripada mereka yang sakit kronik (seperti pengiktirafan yang RxWater terima daripada PPIM) kerana dengan minum air yang hidup & kaya dengan mineral sesungguhnya ia dapat menjadi penawar bagi penyakit dengan membaik pulih sel-sel yang telah rosak dan memberi tenaga baru untuk membantu melawan penyakit yang ada dalam tubuh badan kita.

 

Seperti firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Waqiah ayat 68 yg bermaksud:

"Selain dari itu, tidakkah kamu melihat (perhatikan) air yang kamu minum"

 

tetapi masalahnya air jenis apa yang anda ambil & minum??

sebab itu ia tidak menjadi kesan kepada kesihatan tubuh badan anda kerana setiap hari anda hanya minum air yang bersih tetapi tidak mempunyai rahsia penawar seperti RxWater.




ANTARA TESTIMONI DARIPADA PENGGUNA RX-WATER

 tonton video..


6) Penapis Air RxWater Ozon diletakkan di tepi sinki dapur utk semua kegunaan samada untuk minum, memasak, merawat, membasuh, mencuci & membersih.

 

Penapis Air lain kebanyakkannya adalah jenis Table Top utk di minum & memasak sahaja. Jadi amat terhad kegunaannya.

 

 

7) Penapis Air Rxwater yg diletak di tepi sinki dapur tidak perlu menggunakan tenaga letrik untuk menghasilkan air yg bermineral & beralkali dgn pH 7.8 keatas secara semulajadi krn terdapatnya fungsi2 tertentu dlm keempat2 katrij tersebut.

 

Tidak seperti penapis air lain yang memerlukan penggunaan eletrik sepanjang masa untuk menukarkan air paip menjadi mineral itupun setakat pH Neutral saja.


Jika tidak ada eletrik sekalipun anda masih dapat minum air RxWater melainkan jika eletrik terputus untuk jenis RxWater Hot & Cold Dispenser.


.

.

The All New RxWater by Dr. Noordin Darus

 

Secara umum , kesemua model Rx-Water menggunakan medium penapis yang sama cuma yang membezakan adalah penambahan fungsi-fungsi.

 



Rx-Water (Basic) 

- hanya keluarkan air Rx-Water sahaja

- mempunyai teknologi terkini Bamboo-Qun

RM 2,590.00 Semenanjung

RM 2,690.00 Sabah/ Sarawak

 

---------------------------------------------------------------------------





Rx-Water (with Ozone Technology)

- keluarkan air Rx-Water

- keluarkan air Rx-Ozon

- mempunyai teknologi terkini Bamboo-Qun

RM 3,590.00 Semenanjung

RM 3,690.00 Sabah/ Sarawak

 

---------------------------------------------------------------------------





Rx-Water (Hot & Cold Dispenser)

Jenis Table Top (sesuai di rumah)

- keluarkan air Rx-Water

- terdapat 2 pilihan air Rx Water pada suhu Sejuk atau Panas

- tiada fungsi Rx-Ozon

- tidak mempunyai teknologi Bamboo-Qun

RM 4,980.00 Semenanjung

RM 5,330.00 Sabah/ Sarawak

 

---------------------------------------------------------------------------



Nota:

1. Semua model Rx-Water boleh mengeluarkan air walaupun tiada elektrik.

 

2. Untuk fungsi ozon dan sejuk panas sahaja perlu elektrik.

 

3. Kesemua model Rx-Water mempunyai teknologi terkini Bamboo-Qun kecuali model

- Rx Water (Hot & Cold) dispenser

- Rx Water (Old Model system)






TANYA DND?